Kerjaya kelab Vincenzo Grifo

Kerjaya awal

Grifo memulakan kariernya ketika bersama kelab belia 1. CfR Pforzheim dan Germania Brötzingen sebelum menyertai kelab 2. Bundesliga, Karlsruher SC pada tahun 2011.

Hoffenheim

Pada Julai 2012, beliau menyertai Hoffenheim melalui perpindahan percuma dengan menandatangani kontrak selama dua tahun. Selepas beliau mula beraksi untuk pasukan simpanan Hoffenheim yang bersaing di Regionalliga Südwest, beliau kemudiannya menyertai skuad senior Hoffenheim. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Hoffenheim pada 19 Oktober 2012 dalam aksi Bundesliga menewaskan Greuther Fürth 3-2 selepas beliau menggantikan Takashi Usami. Prestasinya yang baik telah membolehkan beliau ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun.[3] Beliau juga melakukan 12 penampilan sebagai pemain gantian sepanjang musim 2012–13 serta 13 penampilan dan lima jaringan gol di Regionalliga. Pada musim panas 2013, beliau secara rasminya menyertai skuad utama dan diberi jersi nombor 32. Beliau menghabiskan musim seterusnya sebagai pemain pinjaman untuk kelab Dynamo Dresden dan FSV Frankfurt. Bersama Frankfurt, beliau mencetak tujuh gol dan sepuluh bantuan jaringan dalam 35 penampilannya pada musim 2014–15.

Freiburg

Pada Julai 2015, Freiburg telah membawa masuk Grifo dengan nilai perpindahan sebanyak 1.5 juta euro.[4] Grifo memainkan peranan penting membantu Frieburg merangkul gelaran 2. Bundesliga sekali gus memperoleh kenaikan ke Bundesliga untuk musim seterusnya. Beliau telah menjaringkan 14 gol dalam 31 penampilan liga sepanjang musim 2015–16.

Pada enam perlawanan pertama bagi musim 2016–17, Grifo menjaringkan satu gol dan empat bantuan jaringan di Bundesliga sementara pada saingan DFB-Pokal pula, beliau menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan. Beliau mengakhiri musim itu dengan enam jaringan gol dan 12 bantuan jaringan gol pada 30 perlawanan liga.[5]

Saat beliau menjadi pemain Freiburg, secara jumlahnya beliau telah menjaringkan 20 gol dan melakukan 26 bantuan jaringan gol pada 61 perlawanan liga.

Borussia Mönchengladbach

Pada 28 Mei 2017, musuh seteru Freiburg iaitu Borussia Mönchengladbach telah mengumumkan pembelian Grifo melalui kontrak selama empat tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan tetapi ia dipercayai sekitar 6 juta euro. Perpindahan tersebut berlangsung pada 1 Julai.

Kembali ke Hoffenheim

Pada 11 Jun 2018, Hoffenheim membawa masuk Grifo melalui rundingan kontrak selama empat tahun.[6]

Pada 6 Januari 2019, Grifo kembali ke Freiburg secara pinjaman sehingga akhir musim 2018–19.[7]

Kembali ke Freiburg

Pada 2 September 2019, Grifo kembali semula ke Freiburg secara tetap.[8]

Rujukan

WikiPedia: Vincenzo Grifo http://www.tuttomercatoweb.com/altre-notizie/esclu... http://www.tuttomercatoweb.com/europa/esclusiva-tm... http://www.tuttomercatoweb.com/europa/ufficiale-ho... http://www.bundesliga.de/de/liga/news/freiburg-sch... http://www.bundesliga.de/de/liga2/scorer/ http://www.kicker.de/news/fussball/bundesliga/star... http://www.figc.it/it/204/37708/2013/10/News.shtml https://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/hoff... https://www.scfreiburg.com/node/23542 https://www.scfreiburg.com/node/29210